PM ucap takziah kepada Tuan Ibrahim atas pemergian ibu
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, di atas pemergian ibunya, Nik Hasanah Nik Mat.
Ismail Sabri menyampaikan salam takziah itu menerusi hantaran di laman Twitter malam ini.
"Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” menurut ciapan itu.
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Takziah kepada Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dan keluarga atas pemergian bonda tercinta, Nik Hasanah bt Nik Mat.
Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) March 15, 2022
Terdahulu Tuan Ibrahim memaklumkan berita itu di laman Facebook beliau.
Difahamkan Nik Hasanah, 81, yang merupakan adik kepada Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, meninggal dunia di rumahnya di kampung Batu Balai, Jerantut, Pahang akibat uzur.
Jenazah dijangka disembahyangkan di Masjid Batu Balai, Jerantut, Pahang pada 10 pagi esok dan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Batu Balai. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!