Cara ideal memastikan bibir anda daripada mengelupas
BIBIR kering dan mengelupas sebenarnya turut boleh berlaku kepada lelaki.
Ya, mungkin tarikan utama lelaki bukan pada bibir, namun masalah ini mencerminkan ruang rapi seorang lelaki itu.
Punca utama kepada masalah ini bergantung kepada cara hidup individu. Mungkin disebabkan oleh pemakanan, cuaca dan kekurangan zat.
Selain kesan sampingan bahan klinikal juga boleh menjadi penyebabnya.
Antara punca lain membuatkan bibir mudah menjadi kering;
1. Merokok
Kekerapan merokok turut boleh menyebabkan bibir menjadi kering.
2. Kecederaan saraf
Kecederaan pada saraf yang menghubungkan otak dengan kelenjar air liur akibat daripada pembedahan, trauma dan kemungkinan lain. Tanpa air liur menyebabkan mulut menjadi kering, bibir merekah, berdarah dan pembiakan bakteria.
3. Kesan sampingan ubat
Ubat seperti antihistaminic drug dan decongestant dalam merawat alergi dan selsema, jantung dan asthma juga menjadi faktor kekeringan bibir.
4. Dehidrasi
Kekurangan air, zat buah-buahan dan sayur dalam badan punca utama akan epidemik ini. Selain itu, masalah kesihatan yang berkait cirit-birit dan muntah, akan membuatkan kekurangan air dalam badan serta bibir menjadi kering.
5. Alergi
Alahan bahan makanan laut dan bahan kimia dalam bahan kosmetik terutama gincu bagi wanita. Pelembap bibir bagi lelaki.
6. Cuaca panas
Keadaan suhu yang tidak menentu ini mampu memberi renjatan tidak sekata pada nilai pH bibir.
Tip penjagaan bibir
Jangan guna pelindung bibir berperisa.
Ia mengandungi bahan kimia yang boleh menghilangkan kelembapan bagi jangka masa yang lama. Guna bahan semula jadi tidak mengandungi apa-apa bahan pewarna atau perasaGuna sun-block bibir
Jika anda seharian berada di luar dalam suhu yang panas, disarankan guna pelindung bibir bertindak sebagai sun block. Kandungan titanium dioxide dan zink, boleh bertindak balas melawan kerengsaan pada bibir.
Guna lip balm
Mengandungi ejen pelembap dengan rumusan jojoba dan mentega shea. Kandungan vitamin E dalam bahan tersebut membantu mengekalkan kelembapan pada kulit bibir.
Banyak makan buah-buahan
Sayuran dan buah-buahan amat diperlukan kulit agar sentiasa diganti dengan zat-zat yang baik.
Banyak minum air putih
Disarankan ambil air putih 8 hingga 10 gelas sehari.
Buang kulit mati pada bibir
Semasa menggosok gigi jangan lupa memberus lembut bibir anda. Ia untuk membuang kulit mati pada bibir.Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!