97 kanak-kanak terbunuh sejak konflik Ukraine-Rusia tercetus
KIEV - Seramai 97 kanak-kanak di Ukraine terbunuh akibat konflik Rusia-Ukraine, kata pihak berkuasa pada Selasa.
Pejabat ketua pendakwa raya di Ukraine memaklumkan lebih 100 kanak-kanak turut cedera antara 24 Februari dan 15 Mac, lapor Agensi Anadolu.
"Sekurang-kurangnya lima kanak-kanak terbunuh setiap hari akibat serangan bom," menurut pejabat itu.
Konflik Rusia-Ukraine bermula 24 Februari, telah mengundang kecaman antarabangsa sehingga membawa kepada sekatan kewangan ke atas Moscow dan mendorong keluarnya firma global dari Rusia.
Sekurang-kurangnya 636 orang awam terbunuh dan 1,125 cedera di Ukraine.
Lebih tiga juta pelarian melarikan diri ke negara jiran, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!