MH17: Malaysia ambil bahagian dalam perbincangan ICAO

Proses undang-undang yang menyeluruh mesti diteruskan dalam usaha mengheret pelaku jenayah tidak berperikemanusiaan ke muka pengadilan demi membela mangsa nahas MH17 dan keluarga.
Proses undang-undang yang menyeluruh mesti diteruskan dalam usaha mengheret pelaku jenayah tidak berperikemanusiaan ke muka pengadilan demi membela mangsa nahas MH17 dan keluarga.
A
A
A

PUTRAJAYA - Malaysia akan mengambil bahagian dalam perbincangan menerusi Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) seiring dengan Konvensyen Chicago.

Ia susulan Australia dan Belanda telah memulakan tindakan undang-undang bersama terhadap Rusia berhubung nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh pada 17 Julai 2014.

Menerusi kenyataannya pada Rabu, Kementerian Pengangkutan berkata, kerajaan Malaysia mengulangi komitmen dalam menuntut keadilan buat keluarga mangsa nahas tersebut, seterusnya mengheret pihak bertanggungjawab melalui proses kehakiman yang dijalankan secara telus di bawah undang-undang antarabangsa.

"Malaysia komited untuk memastikan proses perundangan berjalan dengan telus, boleh dipercayai dan konklusif," katanya.

Kementerian itu berkata, pendekatan Malaysia kekal bahawa segala kesimpulan mestilah dibuat berdasarkan bukti kukuh.

"Malaysia menggesa semua negara dan pihak yang terlibat memberi kerjasama sepenuhnya terhadap perbicaraan ini selaras dengan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) 2166 (2014)," katanya.

Tambah kementerian itu, proses undang-undang yang menyeluruh mesti diteruskan dalam usaha mengheret pelaku jenayah tidak berperikemanusiaan ke muka pengadilan demi membela mangsa nahas MH17 dan keluarga.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!