Teguran untuk pemimpin UMNO

Syed Hamid memuat naik tegurannya mengenai layanan pemimpin UMNO terhadap Ismail Sabri di akaun Twitternya.
Syed Hamid memuat naik tegurannya mengenai layanan pemimpin UMNO terhadap Ismail Sabri di akaun Twitternya.
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob wajar mendapat penghormatan daripada UMNO meskipun beliau hanya memegang jawatan Naib Presiden, kata veteran politik, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Beliau mengemukakan pandangan tersebut sebagai teguran kepada pemimpin-pemimpin UMNO.

"Saya ingin menegur pemimpin-pemimpin UMNO tentang layanan kepada Ismail Sabri.

"Beliau adalah ketua kerajaan Malaysia walaupun dalam parti hanya Naib Presiden UMNO.

"Justeru perlu diberi kehormatan dan tempat yang sewajarnya. Satu pandangan," katanya menerusi ciapan di Twitter pada Rabu.

Pandangan itu dipercayai susulan penularan video menunjukkan barisan kepimpinan BN meraikan kemenangan parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini.

Dalam klip video berkenaan, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilihat menarik tangan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak yang pada asalnya berada pada kedudukan agak terlindung untuk berada di tengah.

Tindakan itu menyebabkan Ismail Sabri yang pada awalnya jelas berada di tengah-tengah barisan dilihat terpaksa berganjak sedikit ke belakang dan agak terlindung.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!