Boeing 737 Max 8: Malaysia terus gantung hingga laporan selesai

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia masih meneruskan arahan penggantungan penerbangan pesawat Boeing 737 Max 8 daripada melalui ruang udara atau melakukan penerbangan transit sehingga laporan nahas kemalangan membabitkan pesawat model itu keluar.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, ketika ini pihaknya sedang menunggu laporan berhubung dua nahas kemalangan membabitkan pesawat itu dalam tempoh kurang dari lima bulan dikeluarkan.

“Buat masa ini, kita masih belum ada sebarang keputusan, ia bergantung kepada siasatan berhubung nahas dua pesawat itu dan saya fikir ada juga siasatan dari pihak antarabangsa.

“Jadi kita akan ikut rapat perkembangan tersebut dan akan buat keputusan dari semasa ke semasa,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua nahas Boeing 737 Max 8 dalam tempoh lima bulan

Malaysia gantung serta-merta operasi Boeing 737 MAX

Selasa lalu Ketua Pegawai Eksekutif, Pihak Berkuasa Penerbangan Malaysia (CAAM), Ahmad Nizar Zolfakar berkata, arahan penggantungan operasi pesawat Boeing diteruskan sehingga notis selanjutnya.

Beliau juga mengesahkan Malaysia tidak mempunyai sebarang syarikat penerbangan yang beroperasi menggunakan Boeing 737 Max 8.

Artikel Berkaitan:

Baru-baru ini berlaku tragedi yang menimpa pesawat Ethiopian Airlines yang terhempas ketika dalam penerbangan dari Addis Ababa ke Nairobi dan mengorbankan kesemua 157 penumpang dan kru.

Sebelum itu, model pesawat sama milik syarikat penerbangan tambang murah Lion Air terhempas Oktober tahun lalu mengorbankan kesemua 189 penumpang dan anak kapalnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!