Lelaki ditahan miliki syabu

Syabu yang dirampas dari suspek.
Syabu yang dirampas dari suspek.
A
A
A

SEBERANG PERAI UTARA - Seorang lelaki ditahan selepas pemeriksaan ke atasnya menjumpai 53 gram syabu, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Assisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan di tepi jalan di Kampung Aman, Kepala Batas.

Menurutnya, lelaki tersebut ditahan dalam Ops Tapis pada jam 4 petang semalam.

"Hasil siasatan mendapati dadah yang dirampas adalah untuk kegunaan sendiri. Nilai keseluruhan barang yang dirampas dianggarkan bernilai RM7,900.

"Lelaki itu dan barang yang dirampas dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPU untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi tadi.

Tambahnya, ujian saringan dadah ke atas lelaki tersebut positif methamphetamin.

"Suspek ditahan reman tujuh hari bermula dari hari ini hingga 27 Mac ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

Artikel Berkaitan:

"Kita akan sentiasa mengambil tindakan serta menjalankan operasi narkotik yang berterusan secara agresif ke atas pengedar-pengedar dadah yang berada di daerah ini.

"Polis juga memerlukan kerjasama dari masyarakat dalam memberi maklumat tentang aktiviti dadah," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!