Isu Ukraine: China komited redakan situasi

Zhao Lijian
Zhao Lijian
A
A
A

BEIJING - China menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah pelbagai negara serta mematuhi prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian.

Beliau berkata, China akan berusaha untuk menggalakkan dialog antara pihak-pihak terlibat demi kedamaian dan berharap masyarakat antarabangsa dapat menyokong rundingan damai antara Rusia serta Ukraine sekali gus meredakan situasi secepat mungkin.

"Adalah penting untuk memperbetulkan sejarah isu Ukraine mengambil cakna terhadap punca permasalahan serta memberi respons kepada kebimbangan yang disuarakan oleh setiap pihak.

"Pihak berkaitan juga perlu bertenang, melindungi rakyat jelata agar mencegah berlakunya krisis kemanusiaan secara besar-besaran," kata Zhao ketika diminta mengulas isu Ukraine dalam satu sidang akhbar di sini pada Selasa.

Beliau berkata, China turut menyediakan bantuan kemanusiaan kepada Ukraine dan membantah sebarang khabar angin yang cuba memutarbelitkan serta menjejaskan imej China. -Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!