Lelaki bawa parang ke balai nak tetak polis

Lelaki ditahan bersama parang atas dakwaan mengugut anggota polis di Balai Polis Kuala Penyu.
Lelaki ditahan bersama parang atas dakwaan mengugut anggota polis di Balai Polis Kuala Penyu.
A
A
A

BEAUFORT - Seorang lelaki dipercayai mabuk ditahan selepas didakwa mengugut mahu menetak anggota polis yang sedang bertugas di Balai Polis Kuala Penyu di sini dengan senjata tajam, pada tengah malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, suspek yang berusia 48 tahun membawa parang dan mengugut anggota polis yang sedang bertugas di balai tersebut.

"Pengadu yang sedang bertugas di balai polis tersebut bertanya kepada suspek tujuannya datang. Bagaimanapun, suspek terus mengatakan 'mahu tetak kau' sambil mengangkat parang panjang.

"Pengadu yang ketakutan terus lari masuk ke kaunter serta mengunci pintu balai berkenaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Rabu.

Tambah Yusoff Zaki, pengadu kemudian meminta bantuan anggota lain untuk menahan suspek dan merampas parang itu.

"Hasil siasatan lanjut mendapati, suspek disyaki di bawah pengaruh alkohol dengan bau arak yang sangat kuat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!