Tiga kawasan berisiko dilanda banjir: MBSA

Tangkap layar kenyataan MBSA yang memuat naik hantaran pada Rabu.
Tangkap layar kenyataan MBSA yang memuat naik hantaran pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Penduduk di Jalan SP1/2 Taman Subang Perdana, Kampung Baru Subang dan Taman Setia Warisan diminta bersiap sedia sekiranya diarahkan berpindah berikutan paras air semakin tinggi di kawasan terbabit.

Majlis Bandaraya Shah Alam memaklumkan, tiga kawasan itu berisiko tinggi mengalami banjir.

"Penduduk di kawasan sekitar dimohon untuk berhati-hati dan bersedia untuk berpindah sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa," kata kenyataan itu yang memuat naik hantaran di Facebook pada Rabu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Jalan Puncak Alam menghala ke Taman Subang berdekatan Kampung Melayu Subang dilanda banjir kilat berikutan hujan pada Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.38 petang.

Bagaimanapun, hasil pemantauan bomba mendapati kawasan terbabit semakin surut dan tidak membabitkan kenderaan dan mangsa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!