Serah bukti akuan bersumpah jika dipanggil polis
Sharani dalam satu sidang media, hari ini.
A
A
A
Menurut Saarani, sehingga kini, beliau belum dipanggil pihak polis selepas satu laporan polis dibuat oleh Ketua Sekretariat PH Perak, V Sivakumar, Rabu lalu di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.
"Kalau ikutkan kenyataan Ketua Polis Negara, kertas siasatan sudah dibuka selepas DAP buat laporan polis, dan kebiasaannya mereka akan memanggil saya, tetapi sehingga kini saya masih belum dipanggil.
"Jika mereka panggil saya, saya akan serahkan akuan bersumpah daripada lima adun BN sebagai bukti," katanya kepada pemberita pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.
Saarani turut menegaskan dakwaannya bahawa Abdul Aziz yang juga Adun Tebing Tinggi menemui Adun BN bukanlah rekaan serta penipuan semata-mata malah turut mempunyai bukti.
"Saya ada bukti akuan bersumpah dari lima Adun BN yang telah ditemui Tebing Tinggi secara peribadi dan pertemuan terakhirnya adalah pada Sabtu lalu (1 Disember) di Taiping dan kami ada gambar.
"Nasihat saya kepada dia (Abdul Aziz) jangan mimpilah menjadi Menteri Besar sebab sebagai pemimpin Islam kita tidak boleh berbohong, munafik, hipokrit dan menipu diri sendiri," katanya. Terdahulu Abdul Aziz menafikan beliau terlibat dalam gerakan menjatuhkan Menteri Besar Perak seperti didedahkan Saarani pada Sidang Dun semalam.
Malah, Abdul Aziz menegaskan pertemuannya dengan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu empat bulan lalu, secara jelas menyatakan kehadirannya sebagai wakil rakyat DAP dalam pentadbiran Perak bukan untuk menjatuhkan menteri besar itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!