50 rumah di Kulim dinaiki air

Pemantauan dilakukan di kawasan terjejas membabitkan 50 buah rumah ditenggelami air. Foto APM
Pemantauan dilakukan di kawasan terjejas membabitkan 50 buah rumah ditenggelami air. Foto APM
A
A
A

KULIM - Kira-kira 50 buah rumah dari empat buah kampung di Mukim Karangan di sini dinaiki air dalam kejadian hujan lebat lebih kurang jam 7.15 malam Rabu.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kulim, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, antara empat buah kampung dikenal pasti terjejas termasuk Kampung Baru Sungai Kob, Kampung Banggol Penyengat, Kampung Seberang Jaya dan Kampung Padang Limau.

Menurutnya, pemantauan paras air sungai utama telah dilakukan bagi memastikan keadaan terkawal dan bersiap sedia sekiranya berlaku peningkatan mendadak.

Anggota APM memantau keadaan mangsa terjejas banjir di Kulim, Kedah. Foto APM
Anggota APM memantau keadaan mangsa terjejas banjir di Kulim, Kedah. Foto APM

"Lapan anggota terlibat dalam operasi pemantauan bagi memastikan keadaan terkawal dan selamat.

"Keadaan semasa pada jam 9.30 malam melaporkan, hujan sudah berhenti di kawasan terjejas dan dimaklumkan paras air sungai berada dalam keadaan terkawal.

"Setakat ini, tiada pusat pemindahan dibuka," katanya.

Beliau berkata, pemantauan paras air di kawasan yang terjejas juga dilaporkan telah mulai surut.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!