Akhirnya Elya muncul jua

Watak Elya yang cukup sinonim sebagai penasihat online KWSP.
Watak Elya yang cukup sinonim sebagai penasihat online KWSP.
A
A
A

PERSETUJUAN kerajaan untuk membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 sememangnya memberi kegembiraan buat rakyat khususnya bagi mereka yang sedang bergelut dengan masalah kewangan ketika ini.

Ini kerana umum mengetahui ramai dalam kalangan rakyat yang terjejas teruk selepas dunia termasuk Malaysia dilanda pandemik Covid-19 bermula awal tahun 2020 lalu.

Justeru, pengumuman yang dibuat sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam ibarat kemenangan buat rakyat yang menantikan pengeluaran khas tersebut.

Rata-raya rakyat juga menzahirkan terima kasih atas keprihatinan kerajaan yang mendengar keluh-kesah mereka.

Maka, hampir kesemua platform media sosial kini ‘trending’ dengan KWSP dan tidak ketinggalan juga ‘Elya’.

Kemunculan watak Elya yang cukup sinonim sebagai penasihat online KWSP itu sememangnya turut dinanti ramai.

Di sebalik kegembiraan rakyat untuk ‘merasai’ pengeluaran khas RM10,000 itu, pastinya ramai yang berharap prosesnya turut dipermudahkan.

Seakan mengerti kebimbangan rakyat, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberi jaminan bahawa pengeluaran khas itu akan dipermudahkan.

Artikel Berkaitan:

Menerusi hantaran di Facebooknya, Tengku Zafrul menjelaskan beliau telah selesai mengadakan pertemuan dengan KWSP selepas beberapa jam Ismail Sabri membuat pengumuman mengenai perkara tersebut.

Kini, harapan rakyat untuk mengeluarkan wang caruman mereka akhirnya terlaksana, namun harus diingat gunalah dengan penuh berhemah dan sewajarnya.

Janganlah pula gunakan untuk sesuatu yang bukan menjadi keperluan dan jika tiada keperluan mendesak maka biarlah wang itu tidak dikeluarkan kerana hasilnya nanti turut kembali kepada kita.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!