UMNO perlu laksana transformasi politik: Noraini

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pada Khamis. - Foto Bernama
Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pada Khamis. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menegaskan kemunculan kembali UMNO dalam kepimpinan negara harus diterjemahkan dengan transformasi politik dan pentadbiran yang jitu.

Beliau berkata, langkah itu perlu bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti selepas melalui ‘episod kekalahan’ dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Tambahnya, UMNO juga tidak boleh mengharapkan kemarahan rakyat kepada parti lawan untuk meraih kemenangan.

“Kejayaan yang kita kecapi hari ini bukanlah satu perjuangan yang mudah. Ia melalui satu proses perjalanan panjang yang berliku lagi memeritkan. Detik hitam 2018 masih terpahat. Ingatlah, kita tewas dalam PRU14.

“Rentetan daripada tragedi itu, kita dihina, kita dicaci, kita diperlekehkan. Kita diasak oleh musuh dan kawan. Kita ditinggalkan oleh rakan-rakan seperjuangan.

“Slogan membawa kestabilan politik mungkin relevan pada masa kini. Namun, rakyat akan melihat apa kebaikan dan kemajuan yang akan kita laksanakan dalam membawa negara ini ke hadapan,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Wanita pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) di sini, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Noraini berkata, antara cabaran dihadapi negara ketika ini untuk memulihkan kehidupan rakyat pasca pandemik Covid-19.

“Pandemik yang melanda negara dua tahun lalu masih memberi kesan mendalam kepada kehidupan seharian kita termasuklah wanita,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!