RM64.5 juta bina 10 buah masjid baharu di Negeri Sembilan

Aminuddin
Aminuddin
A
A
A

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan sedang menyiapkan 10 buah masjid baharu di negeri ini membabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM64.5 juta.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, enam buah masjid daripadanya dibina dengan peruntukan kerajaan negeri dan selebihnya peruntukan persekutuan antaranya di Jelebu, Jempol dan Seremban.

"Masjid ini sudah pun dalam pembinaan dan jika tiada aral serta dengan izin ALLAH jua dijangka siap pada tahun 2023 nanti dan ia merupakan pertambahan kepada keseluruhan 303 masjid yang ada di negeri ini.

"Kita juga berdoa semoga wabak Covid-19 akan dapat dibendung dan seterusnya masjid boleh kembali berfungsi sebagai institusi pencerdasan dan pemerkasaan umat yang menyeluruh," katanya pada Majlis Konvensyen Hala Tuju Pengurusan Masjid peringkat Kebangsaan di sini pada Khamis.

Beliau berkata kerajaan negeri juga sebelum ini menyasarkan 100 buah masjid di negeri ini akan menjadi Pusat Pembangunan Umat Terbaik menjelang 2024 melalui beberapa aspek termasuk peningkatan jumlah jemaah di masjid serta pembangunan dakwah dan pendidikan menyeluruh.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!