12,578 tapak bazar Ramadan di Selangor

Sze Han - Foto Bernama
Sze Han - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menawarkan sebanyak 12,578 petak bazar Ramadan di 241 lokasi di seluruh negeri ini pada tahun ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Selangor, Ng Sze Han berkata, usaha itu dilakukan bagi meningkatkan peluang penjaja untuk mencari rezeki khususnya dalam keadaan pasca pandemik Covid-19.

Menurutnya, pihak berkuasa tempatan (PBT) juga telah menjalankan beberapa inisiatif seperti menggiatkan promosi tawaran tapak kepada peniaga, menempatkan peniaga-peniaga tanpa lesen di petak kosong bazar Ramadan dan menggalakkan kaedah pembayaran 'cashless payment' di bazar Ramadan.

"Penjaja yang tidak terlibat bagi aktiviti bazar Ramadan, aktiviti perniagaan masih dibenarkan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan waktu operasi yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Dr Daroyah Alwi semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Khamis.

Dalam soalan itu, Daroyah bertanya apakah indikator digunakan bagi memastikan penjaja dapat terus mencari rezeki memandangkan PBT membuka tapak bazar Ramadan dan adakah keutamaan akan diberikan kepada mereka dalam mendapatkan tapak niaga.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!