Treler hangus, pemandu selamat
GEORGETOWN - Seorang pemandu treler berdepan detik cemas apabila treler dipandunya terbakar di bahagian enjin.
Komander Operasi Balai Bomba Prai, Pegawai Bomba Kanan II Fakharurazi Md Rejab berkata, kejadian berlaku pada jam 10.30 pagi tadi di Kilometer 1.6 Jambatan Pulau Pinang arah Prai.
Menurutnya, pemandu treler berkenaan sempat melarikan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Treler berkenaan jenis kargo am jenama Scania terbakar di kepala lori yang mana, kebakaran bermula di bahagian enjin treler dan kemudiannya merebak ke bahagian belakang.
"Kemusnahan dianggarkan 90 peratus namun tiada mangsa terlibat. Kerja pemadaman turut mendapat bantuan dari Plus Ronda," katanya ketika dihubungi tadi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!