Mesyuarat MT UMNO bincang usul bahas dalam PAU 2021

Ismail Sabri bersama Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tan Sri Noh Omar tiba di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bagi menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 malam Khamis. - Foto Bernama
Ismail Sabri bersama Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tan Sri Noh Omar tiba di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bagi menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 malam Khamis. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bermesyuarat pada Khamis membincangkan mengenai usul-usul yang akan dibahaskan pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 pada Jumaat.

Bercakap kepada pemberita selepas Mesyuarat Khas MT yang dipengerusikan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada usul berkaitan soal pilihan raya dibincangkan.

"(Mesyuarat hari ini bincang) seperti tahun-tahun dahulu... usul atau laporan daripada wakil MT ke mesyuarat sayap. Itu sahaja," kata Naib Presiden UMNO itu kepada pemberita di sini pada malam Khamis.

Mesyuarat yang berlangsung selama dua jam bermula 8.30 malam itu turut dihadiri Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan, dua Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid serta barisan ahli MT.

Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri yang dirasmikan Mohamad semalam, ditangguhkan hari ini selepas sehari bersidang. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!