Politik wang halang generasi muda pegang tampuk pimpinan parti

Tengku Razaleigh
Tengku Razaleigh
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah mengakui politik wang menjadi antara faktor generasi muda tidak memegang tampuk pimpinan sesebuah parti.

Beliau katanya, golongan muda terutama yang berkaliber dan diyakini sesuai menjadi pelapis barisan kepimpinan tidak berpeluang menyandang jawatan tertinggi parti ekoran ‘kurang mahir’ aktiviti politik wang.

“Orang muda susah nak ‘climb the ladder’ untuk jadi pemimpin sejak ahli politik main duit, orang yang ada duit mudah naik, bayar orang itu dan ini. Jadi kita bukan pilih orang yang berkebolehan, yang mampu memimpin, tetapi (pilih) kerana mereka menggunakan duit. Itu bukan cara kita cari pemimpin.

“Kita mahu orang yang bagus, mempunyai saranan yang baik, berintelek untuk dijadikan pemimpin, tetapi (mereka) tiada duit. Orang seperti itu tidak mahu mendekati kita, jadi sayanglah,” katanya.

Tengku Razaleigh (kanan) ketika berucap pada forum awam bertajuk 'Kontroversi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), korupsi dan kes reformasi politik wang’ di Kuala Lumpur pada Khamis.
Tengku Razaleigh (kanan) ketika berucap pada forum awam bertajuk 'Kontroversi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), korupsi dan kes reformasi politik wang’ di Kuala Lumpur pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian selepas menjadi panelis forum awam bertajuk ‘Kontroversi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), korupsi dan kes reformasi politik wang’ di sini pada Khamis.

Forum anjuran Agora Society dengan kerjasama Rasuah Busters itu turut mengundang bekas ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Prof Dr Edmund Terence Gomez dan Dr Khoo Ying Hooi bertindak sebagai moderator.

Mengulas lanjut Tengku Razaleigh berkata, politik wang yang diamalkan pemimpin politik masa kini memberi impak tidak sihat kepada parti ekoran menghalang individu yang benar-benar layak memegang tampuk pimpinan.

Artikel Berkaitan:

“Kerana politik wang, mereka nak halang orang yang baik dan bagus daripada mengambil tempat, seolah-oleh menyekat rezeki mereka.

"Ramai orang terasa dengan apa yang berlaku sekarang ini, tetapi kerana takut diambil tindakan, mereka terima keputusan itu. Sebab itu pemimpin parti kita susah untuk menilai sokongan yang benar-benar telus dari rakyat,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!