Kereta kebal tentera Rusia diletupkan di Mariupol
KIEV - Tentera Ukraine berjaya meletupkan sebuah kereta kebal tentera Rusia di bandar Mariupol selepas terkena bedilan misil di bandar Mariupol baru-baru ini.
Kejadian kereta kebal tentera Rusia yang mempunyai tanda Z itu meletup dirakamkan menerusi video dari sebuah dron yang terbang di atas kenderaan tersebut.
Dalam kejadian itu, dua askar Rusia dilaporkan terbunuh.
Rakaman itu dikongsi oleh tentera Ukraine di Facebook bersama-sama dengan video kedua menunjukkan serangan hendap di bandar Kharkiv.
Video yang kedua pula menunjukkan seorang askar Ukraine menunggu sebuah kenderaan pengangkut anggota tentera Rusia melalui bandar Kharkiv dan membedilnya dengan menggunakan senjata roket dari jarak dekat.
Kejadian itu dirakamkan menerusi kamera video yang dipasang pada topi keledar seorang askar Ukraine yang menyerang hendap kenderaan itu.
Serangan itu juga dirakamkan menerusi dron.- Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!