Peniaga ayam gunting bersyukur

Rumah Mohd Zalani ditenggelami air banjir dua minggu lalu. (Gambar kecil: Mohd Zalani)
Rumah Mohd Zalani ditenggelami air banjir dua minggu lalu. (Gambar kecil: Mohd Zalani)
A
A
A

KOTA BHARU – Seorang peniaga ayam gunting goreng di Rantau Panjang bersyukur apabila kerajaan membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.

Hanya memperoleh pendapatan tidak sampai RM1,000 sebulan, Mohd Zalani Awang, 43, memberitahu, dengan pengeluaran itu juga akan membantu dia membaiki kediamannya selepas ditenggelami air banjir, hujung Februari lalu.

Katanya, antara barangan yang rosak adalah keperluan asas perniagaan ayam guntingnya yang diusahakan di Jalan Sekolah Cina, di sini.

“Memang setiap tahun kita akan berdepan dengan bencana banjir, namun baru-baru ini banjir berlaku dengan skala yang besar dan di luar jangkaan. Itulah yang menyebabkan banyak barang yang tidak sempat diangkat.

“Kalau dapat keluarkan duit itu, bolehlah saya baiki apa yang patut, selain boleh dijadikan modal pusingan untuk memulakan kembali perniagaan terutamanya untuk beli barangan asas,” katanya.

Dalam bencana banjir hujung Februari lalu itu, kediaman Mohd Zalani tenggelam melepasi paras kepala dan mereka sekeluarga berpindah ke rumah saudara berdekatan.

Mohd Zalani juga berharap agar permohonan pengeluaran tersebut dapat dilaksanakan secepat mungkin, sebelum tibanya bulan Ramadan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!