Aplikasi Hijrah Diri: Timbalan menteri kecewa dwistandard Barat

Sinar Harian pada Khamis melaporkan aplikasi Hijrah Diri daripada Jakim telah digantung akibat maklum balas negatif daripada pihak-pihak tertentu yang mendakwa ia merupakan satu bentuk ‘conversion therapy’ (terapi penukaran).
Sinar Harian pada Khamis melaporkan aplikasi Hijrah Diri daripada Jakim telah digantung akibat maklum balas negatif daripada pihak-pihak tertentu yang mendakwa ia merupakan satu bentuk ‘conversion therapy’ (terapi penukaran).
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa kesal dengan tindakan Google Play mengeluarkan aplikasi Hijrah Diri daripada sistem pengoperasiannya.

Beliau turut mempersoalkan tindakan yang disifatkan sebagai pilih kasih kerana masih banyak aplikasi di Google Play yang tidak bermoral tetapi masih kekal.

"Berita yang sangat mendukacitakan hari ini apabila aplikasi Hijrah Diri yang dibangunkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk membimbing golongan LGBTQ kembali ke pangkal jalan telah dikeluarkan oleh Google Play.

"Saya rasa sangat aneh melihatkan betapa banyaknya aplikasi tidak bermoral yang wujud di Google Play dibiarkan tanpa apa-apa tindakan sebaliknya aplikasi yang membimbing manusia kembali ke fitrah pula dihalang dan disekat.

"Saya ada satu persoalan, bukankah Barat sentiasa melaungkan slogan kebebasan dalam segala hal, namun mengapakah sikap mereka cukup berbeza dalam hal ini?

"Adakah hak kebebasan itu hanya terpakai apabila ia selaras dengan cita rasa Barat? Bersikap adillah wahai Barat!," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Tambah beliau, aplikasi tersebut dibangunkan bertujuan membimbing mereka yang berminat sahaja.

"Sesiapa pun boleh muat turun, kalau tak nak tak apa, tak ada siapa pun paksa.

Artikel Berkaitan:

"Apa-apa pun, saya berdiri teguh dan menyokong penuh usaha Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama dan Jakim dalam mengajak manusia ke arah kebaikan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!