Rumah terjejas tanah runtuh, enam penghuni dipindahkan

Sebuah rumah di Jalan Pangsun, Kampung Lubok Kelubi, di sini terjejas akibat tanah runtuh ekoran hujan lebat pada malam Khamis.
Sebuah rumah di Jalan Pangsun, Kampung Lubok Kelubi, di sini terjejas akibat tanah runtuh ekoran hujan lebat pada malam Khamis.
A
A
A

HULU LANGAT - Sebuah rumah di Jalan Pangsun, Kampung Lubok Kelubi, di sini terjejas akibat tanah runtuh ekoran hujan lebat pada malam Khamis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.54 malam dan bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, seramai tujuh orang anggot berlainan pangkat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn tiba di lokasi kejadian pada jam 9.40 malam.

"Kejadian melibatkan runtuhan tanah berketinggian 10 meter berhampiran sebuah rumah susulan hujan lebat di lokasi menyebabkan air bertakung setinggi 0.2 meter.

"Semua enam penghuni iaitu empat orang dewasa dan dua orang kanak-kanak lelaki berpindah ke resort berhampiran, pihak bomba terus melakukan pemantauan di lokasi.

"Setakat ini tiada runtuhan dikesan di lokasi berkenaan," katanya dalam satu laporan pada Khamis.

Turut berada di lokasi kejadian tersebut pada malam Khamis ialah dua orang pegawai polis.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!