1,338 mangsa terlibat kebakaran di Tawau

Antara mangsa terjejas akibat kebakaran ditempat transit sementara di Kampung Kurnia Jaya dan Kampung Hidayat Batu 4, Tawau.
Antara mangsa terjejas akibat kebakaran ditempat transit sementara di Kampung Kurnia Jaya dan Kampung Hidayat Batu 4, Tawau.
A
A
A

TAWAU - Seramai 1,338 mangsa dikenal pasti terjejas akibat kebakaran melibatkan kira-kira 700 buah rumah di perkampungan atas air di Jalan Apas Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, di sini, pada Khamis.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah, setakat ini belum ada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagaimanapun proses pendaftaran mangsa yang terjejas sedang dilakukan.

Kata agensi itu, Majlis Perbandaran Tawau (MPT) menyediakan transit sementara untuk mangsa ketika ini iaitu di Rumah Adat Kampung Kurnia Jaya serta dewan dan masjid di Kampung Hidayat Batu 4, di sini.

Sementara itu, Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau, Penguasa Kanan Bomba II, Sukur Hatta berkata, sehingga pagi ini dianggarkan 700 rumah musnah terbakar dalam kejadian itu.

"Pasukan bomba masih menyiasat punca kejadian dan anggaran kerugian dialami oleh mangsa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!