RCEP lonjak kerjasama ekonomi China-Malaysia

RCEP lonjak kerjasama ekonomi China-Malaysia
RCEP lonjak kerjasama ekonomi China-Malaysia
A
A
A

PERJANJIAN Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) mula berkuat kuasa untuk Malaysia pada Jumaat sekali gus menjadikan jumlah anggotanya kini sebanyak 12 negara.

Menurut perjanjian itu, China mula melaksanakan tarif tahun pertama ke atas negara anggota RCEP dari ASEAN terhadap beberapa produk import dari Malaysia.

Selain itu, China dan Malaysia turut menambah komitmen pembukaan pasaran berdasarkan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) yang akan memanfaatkan beberapa produk melalui tarif baharu.

Untuk rekod, Malaysia merupakan rakan dagang kedua terbesar dari ASEAN bagi China manakala China pula kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia buat 13 tahun berturut-turut.

Menurut statistik kastam China, jumlah nilai dagangan kedua-dua negara merekodkan AS$29.45 bilion pada dua bulan pertama tahun ini, meningkat 28.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu dan 12.2 peratus lebih tinggi berbanding kelajuan peningkatan perdagangan luar China pada keseluruhannya.

Naib Presiden Institut Penyelidikan Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Antarabangsa Kementerian Perdagangan China, Yu Zirong menyatakan penguatkuasaan RCEP oleh Malaysia dan CAFTA, potensi perdagangan China dengan Malaysia akan digalakkan lagi selain turut membantu transformasi dan penaiktarafan industri serantau, sekali gus menyuntik kedinamikan kepada pertumbuhan ekonomi serantau.

Menurutnya, RCEP telah menetapkan peraturan e-dagang dan butiran memudahkan perdagangan, ia pasti akan meluaskan ruang kerjasama China-Malaysia dalam bidang seperti e-dagang rentas sempadan, transformasi pendigitalan perusahaan tradisional dan infrastuktur digital.

Dalam perkembangan lain, Yu turut berkata bahawa kerjasama 'Dua Negara, Dua Taman’, iaitu Taman Industri di Qinzhou dan Kuantan berpotensi untuk membawa peluang kerjasama baharu, sekali gus menggalakan rantai industri rentas sempadan antara China dengan Malaysia, termasuk ASEAN. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!