RM100 juta untuk baiki 48 cerun kritikal di Ampang Jaya
SHAH ALAM - Sekurang-kurangnya RM 100 juta diperuntukkan untuk membaiki 48 cerun daripada 118 cerun di bawah penyeliaan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang dikategorikan sebagai sangat kritikal.
Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Selangor, Ng Sze Han berkata, bagaimanapun kos sebenar pembaikan cerun-cerun tersebut bergantung kepada kajian lanjut oleh pakar seperti Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram).
"Pihak berkuasa tempatan (PBT) memohon kerjasama daripada Ikram untuk melaksanakan kajian dan pembaikan lanjut ke atas cerun dalam kawasan tersebut.
"Sebagai langkah awal, MPAJ sedang melaksanakan lantikan panel kontraktor penyelenggaraan cerun berkategori sangat bahaya supaya tindakan awal penjagaan cerun dapat dilaksanakan dan sebarang tanda awal kegagalan cerun dapat diambil tindakan,' katanya ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Dewan Negeri Selangor di sini, pada Jumaat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!