Seluruh England: Cabaran Pearly-Thinaah tersekat suku akhir

Pearly-Thinaah
Pearly-Thinaah
A
A
A

PENGEMBARAAN beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah di kejuaraan Seluruh England terkandas di peringkat suku akhir selepas disekat pasangan Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong.

Pada pencarian slot ke separuh akhir di Arena Utilita di Birmingham itu, pasangan negara yang berstatus nombor 15 dunia terpaksa akur kematangan permainan lawan yang menduduki senarai ke-64 dunia tersebut apabila tewas dalam masa 1 jam 19 minit.

Pearly-Thinaah yang bermula garang apabila menang set pertama 21-15 gagal menyekat kebangkitan lawan biarpun memberi tentangan sengit apabila tewas 17-21, sebelum menoktahkan 21-9 perjalanan pasangan muda negara di set penentuan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!