JDT II atasi Kelantan United di Pasir Gudang

Daryl Sham George meletakkan JDT II di depan ketika melayan kunjungan Kelantan United FOTO: JOHOR Southern Tigers
Daryl Sham George meletakkan JDT II di depan ketika melayan kunjungan Kelantan United FOTO: JOHOR Southern Tigers
A
A
A

JOHOR Darul Ta'zim II (JDT II) kembali semula ke landasan kemenangan selepas menewaskan Kelantan United, 2-0 dalam perlawanan Liga Premier di Stadium Pasir Gudang pada Jumaat.

Anak asuhan Raul Mariano yang dikejutkan dengan kekalahan 1-2 kepada Kelantan FC pada Sabtu lalu bermula garang apabila Daryl Sham George terlebih dulu meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-35'.

Bersambung babak kedua The Green Deer pimpinan Syamsul Saad lebih kerap memberi tekanan terhadap benteng tuan rumah, namun jaringan Fernando Rodriguez pada minit ke-74' sudah cukup menoktahkan pengembaraan pelawat di Pasir Gudang.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!