Kelantan kekal rentak kemenangan

Antara aksi menarik perlawanan Kelantan menentang skuad Projek MSN-FAM dalam perlawanan Liga Premier di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur pada Jumaat. FOTO: TRW Kelantan FC
Antara aksi menarik perlawanan Kelantan menentang skuad Projek MSN-FAM dalam perlawanan Liga Premier di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur pada Jumaat. FOTO: TRW Kelantan FC
A
A
A

KELANTAN FC mengekalkan rentak kemenangan dalam saingan Liga Premier apabila menewaskan skuad Projek MSN-FAM 1-0 dalam perlawanan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada Jumaat.

Anak asuhan Rezal Zambery Yahya yang tampil dengan motivasi tinggi selepas menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) II 2-1 dalam aksi pembukaan liga di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin ternyata menguasai permainan.

Namun ketumpulan penyudah The Red Warriors (TRW) menjadi penghalang pelawat mencetak jaringan lebih awal terhadap skuad kendalian Hassan Sazali Mohd Waras dalam perlawanan tersebut.

Biarpun begitu gol dicari pasukan gergasi pantai timur itu akhirnya hadir menerusi jaringan minit ke-47', pemain import kelahiran Brazil, Nixon Guylherme

yang diikat dengan kontrak tiga tahun sebelum ini.

Kemenangan kedua selepas mengharungi dua perlawanan itu menyaksikan TRW kini mengungguli saingan Liga Premier dengan enam mata sambil diekori rapat JDT II.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!