Video palsu Presiden Ukraine minta tenteranya serah diri
KIEV - Satu rakaman video palsu yang menunjukkan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy tersebar secara meluas di media sosial Rusia baru- baru ini.
Video palsu itu juga disiarkan menerusi televisyen di Ukraine dan di laman berita sebelum ia ditarik balik.
Klip itu menunjukkan Zelenskyy menyeru supaya tenteranya meletakkan senjata dan menyerah diri kepada tentera Rusia.
Video itu dipercayai dihasilkan oleh para penggodam.
Ia telah menimbulkan kebimbangan mengenai kaedah baharu dalam perang maklumat.
Terdapat kebimbangan Rusia boleh membanjiri media sosial dengan video seumpama itu semasa Perang Ukraine sedang berlangsung.
Nina Schick iaitu penulis buku Deepfake berkata, video itu merujuk kepada program yang boleh mencantumkan wajah seseorang secara digital ke badan orang lain. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!