Padah lagak samseng jalanan, 14 ditahan

Aksi salah seorang daripada 14 samseng jalanan yang ditahan JSPT Bukit Aman di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban dan Lebuh Raya Kajang-Seremban pada Sabtu.
Aksi salah seorang daripada 14 samseng jalanan yang ditahan JSPT Bukit Aman di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban dan Lebuh Raya Kajang-Seremban pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lagak 'samseng jalanan' 14 penunggang motosikal melakukan aksi berbahaya di Lebuh Raya Kuala Lumpur - Seremban dan Lebuh Raya Kajang - Seremban mengundang padah apabila ditahan polis pada Sabtu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, 14 penunggang motosikal membabitkan tiga kumpulan berlainan itu ditahan secara berasingan bermula jam 12.20 tengah malam.

Menurutnya, pasukan polis dari Unit Risikan dan Operasi JSPT Bukit Aman mengesan penunggang terbabit melakukan aksi 'superman', bersaing sesama sendiri, menundukkan badan dan zig-zag.

"Tangkapan pertama melibatkan empat penunggang selepas dikesan melakukan aksi samseng jalanan di Lebuh Raya Kuala Lumpur - Seremban manakala kumpulan kedua terdiri daripada tiga penunggang dikesan melakukan aksi itu di Lebuh Raya Kajang-Seremban.

"Seterusnya, geng ketiga melibatkan tujuh penunggang juga dikesan melakukan aksi serupa di Lebuh Raya Kuala Lumpur - Seremban," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata, kesemua tangkapan 14 lelaki berusia antara 19 hingga 23 tahun itu telah dibawa ke Ibu Peiabat Polis Daerah (IPD) Seremban dan IPD Nilai untuk siasatan lanjut.

Katanya, polis juga turut menyita semua motosikal jenis Yamaha Y15ZR, Kawasaki 150RR dan Yamaha 135LC.

"Siasatan awal mendapati geng pertama dalam perjalanan dari Nilai ke restoran di Senawang Negeri Sembilan, geng kedua pula dalam perjalanan pulang ke Kajang dari Senawang manakala geng ketiga juga dalam perjalanan pulang ke Cheras selepas makan di Seremban," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Tegas beliau, kesemua tangkapan akan disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!