Doakan hati kuat kekal bertudung: Betty Banafee

Pelakon, Betty Banafee
Pelakon, Betty Banafee
A
A
A

PELAKON, Hajjah Betty Banafee mengakui masih lagi dalam fasa awal menutup aurat sekembalinya pulang daripada mengerjakan ibadah Haji tahun lalu.

Begitu pun pinta pemilik nama sebenar Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe, doakan yang baik-baik supaya kekal menutup aurat.

Apa yang penting bagi Betty adalah mengutamakan kewajipan terlebih dahulu.

"Insya-ALLAH doakanlah supaya hati saya ini kuat untuk terus mengenakan hijab dan semoga dipermudahkan segalanya untuk saya menjadi insan yang lebih baik.

No Image Caption

"Apa pun saya akan mengutamakan kewajipan lain terlebih dahulu seperti menjaga solat dan berzakat," jelas pelakon berusia 39 tahun itu.

Sebagaimana laporan mStar, Betty yang ditemui pada program ramah mesra bersama kanak-kanak sindrom down bersempena Hari Sindrom Down Sedunia di Rumah Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM), akan berusaha menjayakan laman web 'jom sedekah' sebagai platform amal jariah membantu PSDM.

"Bagi membantu mencapai target mereka untuk membangunkan bangunan demi anak-anak ini, mewakili 'jomsedekah.com' akan gunakan platform itu sebagai jariah artis," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!