Anak Nurul Ajai dedah momen ketika berpisah

Ayu Nadirah
Ayu Nadirah
A
A
A
ANAK kepada penyanyi terkenal, Nurul Wahab dan Ajai, Ayu Nadirah berkongsi momen ketika ibu bapanya berpisah pada umur tujuh tahun di Instagram miliknya.

Mengakui bukan mudah untuknya berdepan dengan situasi itu, bagaimanapun Ayu sedar pengakhirannya indah.

"Tapi saya ingatkan pada diri sama ada keluarga berpisah atau pun tidak mereka tetap keluarga saya.

"Paling penting saya dapat kasih sayang yang berganda daripada dua belah pihak.

"Begitu pun, selepas kedua mereka berkahwin sekali lagi, saya nampak betapa gembiranya mereka," coretnya di IG Story.

Melihat kedua ibu bapanya bahagia, Ayu sedar dia tidak mahu pentingkan diri sendiri apatah lagi mengecewakan dua hati yang telah bersatu,

"Sejak dari saat itu saya sedar, enggan pentingkan diri sendiri dan kecewakan hati orang yang saya cinta.

"Merekalah yang mendewasakan saya dan sayang saya sampailah kini," luahnya.

Dalam perkongsian panjang Ayu juga berkata, daripadaa apa yang telah dilaluinya ia mengajar dan mendewasakan dirinya.

Artikel Berkaitan:

Kehadiran adik-beradik dalam hidupnya juga menambahkan lagi kebahagian dan perasaan sayang terhadap dua keluarga besarnya.

Untuk rekod, bapa Ayu dan ibunya bercerai pada awal tahun 2007 dan kemudiannya masing-masing mendirikan rumah tangga sekitar tahun 15 Ogos 2009 (Ajai) dan 6 Jun 2012 (Nurul).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!