Lima pemimpin utama UMNO diberi mandat bincang tarikh PRU15

Ismail Sabri, Mohamad Hasan, Ahmad Zahid Hamidi, Mahdzir Khalid dan Mohamed Khaled menjulang tangan mereka selepas selesai ucapan penangguhan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di WTCKL pada Sabtu. - Foto Bernama
Ismail Sabri, Mohamad Hasan, Ahmad Zahid Hamidi, Mahdzir Khalid dan Mohamed Khaled menjulang tangan mereka selepas selesai ucapan penangguhan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di WTCKL pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perwakilan UMNO memberi mandat kepada lima pemimpin utama parti untuk mengadakan perbincangan mengenai penetapan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Lima pemimpin utama parti iaitu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan dan tiga Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ahmad Zahid berkata, kelima-lima pemimpin berkenaan termasuk dirinya akan menetapkan tarikh tersebut sebelum dibawa ke Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk dijadikan sebagai ketetapan parti.

“Saya sukacita mengumumkan kepada rakan media bahawa kekerapan untuk kami berlima bertemu ini adalah tidak kurang daripada sebulan setengah bagi setiap pertemuan (bagi menetapkan tarikh PRU).

“Namun jika ada isu yang melibatkan parti dan isu melibatkan soal rakyat, kami akan berjumpa lebih kerap daripada itu.

“Ia juga sebagaimana yang saya katakan dan Timbalan Presiden (Mohamad) katakan dan sebelum itu serta bayangan (dibuat) oleh Perdana Menteri. Tetapi, cuma naratifnya tidak akan kita didedahkan kepada umum kerana bagi kita itu adalah perbincangan dalaman parti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas selepas menggulung perbahasan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) di sini pada Sabtu.

Tambah Ahmad Zahid, UMNO juga mengambil pendirian untuk mengamalkan konsep kesepakatan atau syura dalam menyelesaikan perkara tersebut.

Artikel Berkaitan:

Katanya, meskipun ia tidak terkandung dalam Perlembagaan UMNO, namun ia dilakukan demi kebaikan bersama.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!