Selangor 2 keluar dari Stadium UiTM dengan tiga mata

Sharvin (tengah) meraikan jaringan gol bersama para pemain Selangor 2 semasa menentang UiTM FC dalam perlawanan Liga Premier di Stadium UiTM Shah Alam pada Sabtu.
Sharvin (tengah) meraikan jaringan gol bersama para pemain Selangor 2 semasa menentang UiTM FC dalam perlawanan Liga Premier di Stadium UiTM Shah Alam pada Sabtu.
A
A
A

JARINGAN tunggal S Sharvin membolehkan Selangor 2 keluar dari Stadium UiTM, Shah Alam dengan tiga mata selepas menewaskan tuan rumah UiTM FC, 1-0 dalam perlawanan Liga Premier pada Sabtu.

The Lions pimpinan Ismail Ibrahim bermula garang beberapa kali cuba mengasak gawang Selangor 2, namun gagal menembusi gawang lawan, sebelum pelawat kendalian bekas tonggak The Red Giants, Rusdi Suparman memecah kebuntuan gol menerusi jaringan Sharvin pada minit ke-30.

Bersambung babak kedua perlawanan, Selangor 2 cuba menggandakan jaringan apabila mengasak pintu gol lawan, namun ketumpulan jentera penyudah menyaksikan deretan peluang gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan.

Kemenangan itu membolehkan Selangor 2 menduduki tangga ketiga liga dengan tiga mata - tiga mata di belakang pendahulu Kelantan FC.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!