Askar Chechnya selamatkan kanak-kanak Ukraine
KIEV - Satu rakaman video menunjukkan anggota tentera Chechnya yang berperang untuk Rusia di Ukraine membawa keluar kanak-kanak dari sebuah bangunan apartmen di bandar Mariupol baru-baru ini.
Rakaman itu menunjukkan seorang askar Chechnya yang berjambang, mendukung seorang kanak-kanak keluar dari sebuah bangunan diikuti dengan beberapa orang termasuk wanita dipercayai penduduk di bangunan tersebut.
Kejadian itu berlaku ketika tembak-menembak antara askar-askar Ukraine dengan tentera Chechnya di sebuah kawasan kediaman penduduk.
Kawasan kediaman penduduk itu mempunyai bangunan apartmen yang tinggi.
Video tersebut dikatakan telah dikeluarkan oleh panglima perang pro-Putin Chechnya, Ramzan Kadyrov.
Perang di Ukraine bermula pada 24 Februari lalu selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin mengarahkan tenteranya menyerang negara itu. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!