Ibu bapa buat persiapan akhir, tidak belanja ‘buta tuli’

Tinjauan Sinar Harian di pasar raya sekitar bandaraya ini mendapati orang ramai bersilih ganti mengunjungi premis pilihan masing- masing.
Tinjauan Sinar Harian di pasar raya sekitar bandaraya ini mendapati orang ramai bersilih ganti mengunjungi premis pilihan masing- masing.
A
A
A

SHAH ALAM - Dalam keadaan cuaca tidak menentu kebelakangan ini, masih ramai ibu bapa membuat persiapan bagi keperluan sekolah anak pada saat akhir sebelum sesi persekolahan 2022 bermula Isnin ini.

Tinjauan Sinar Harian di pasar raya sekitar bandar raya ini mendapati orang ramai mengunjungi premis pilihan masing-masing untuk mendapatkan keperluan sekolah buat anak-anak mereka.

Namun, rata-rata ibu bapa yang ditemui tidak mahu melakukan perbelanjaan secara ‘buta tuli’ sebaliknya hanya menyediakan kelengkapan yang perlu sahaja, selain memilih kedai menawarkan harga berpatutan.

Ahmad Nazri Jamaluddin, 53, dari Seksyen 13, berkata, kunjungannya pada saat akhir di premis barangan sekolah adalah untuk melengkapkan keperluan sekolah dua orang anak yang memulakan sesi persekolahan Isnin ini.

Kunjungan Ahmad Nazri (kanan) pada saat akhir di premis barangan sekolah adalah untuk melengkapkan keperluan sekolah dua anaknya.
Kunjungan Ahmad Nazri (kanan) pada saat akhir di premis barangan sekolah adalah untuk melengkapkan keperluan sekolah dua anaknya.

“Sudah dua tahun saya tidak membuat persiapan kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan persediaan ini untuk dua anak lelaki saya yang bersekolah rendah, ada dua lagi bersekolah menengah,” katanya.

Persiapan akhir sebelum memasuki penggal persekolahan baharu Isnin ini turut digunakan sebaik mungkin oleh ibu tunggal, Norasiah Hisham, 48, dari Seksyen 7, untuk membeli barangan sekolah seorang anaknya.

“Saya beli pakaian baharu sebab pakaian lama tidak muat, koyak dan sudah lusuh namun berjimat memandangkan harga barang sekarang mahal,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!