Barcelona sentiasa terbuka terima Messi

Messi
Messi
A
A
A

PINTU Barcelona masih terbuka buat Lionel Messi seandainya penyerang Argentina itu mahu kembali ke pangkuan kelab lamanya pada masa akan datang.

Pengendali Barcelona, Xavi Hernandez berkata, selagi dia masih memegang jawatan jurulatih pasukan Catalan itu, pemain berusia 34 sentiasa dialu-alukan untuk menyertai semula bersama rakan sepasukan yang lain di Camp Nou.

"Selagi saya masih bergelar jurulatih di sini, pintu sentiasa terbuka buat dirinya (Messi) sekiranya mahu kembali ke pangkuan kelab pada bila-bila masa.

“Dia merupakan pemain terbaik dalam sejarah dan sebagai sebuah kelab, kami sangat terhutang budi kepadanya. Dia memang berhak untuk kembali namun masih mempunyai kontrak dengan PSG.

“Justeru saya tidak boleh mengulas banyak mengenai perkara tersebut. Jika dia mahu datang pada bila-bila masa untuk melihat latihan, bercakap dengan jurulatih, kami tidak mempunyai masalah untuk membenarkan kerana dia adalah pemain terbaik dalam sejarah kelab ini,” katanya.

Terdahulu terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Messi berkemungkinan menyertai semula Barcelona selepas mengharungi musim yang mengecewakan di Paris Saint-Germain (PSG).

Bagaimanapun, sekiranya Barcelona berminat untuk membawa kembali Messi, kelab tersebut perlu mengurangkan perbelanjaan untuk mendapatkan pemain pada jendela perpindahan berikutnya selepas sekatan perbelanjaan yang terbaru di La Liga meletakkan had Barcelona kepada 144 juta euro (RM668.43 juta).

Untuk rekod, Messi dilepaskan Barcelona pada tahun lalu selepas The Blaugrana tidak mampu untuk menyambung kontraknya sekali gus menamatkan musim bersejarah dalam pemain itu di Camp Nou.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!