Padah lagak 'superman' buat aksi zig-zag

10 penunggang motosikal ditahan kerana melakukan aksi samseng jalanan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban.
10 penunggang motosikal ditahan kerana melakukan aksi samseng jalanan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 10 penunggang melakukan lagak samseng jalanan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban dan Lebuhraya Kajang - Seremban mengundang padah apabila ditahan polis, pada Ahad.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, operasi bermula jam 12.05 tengah malam oleh sepasukan Unit Risikan dan Operasi JSPT Bukit Aman itu mengesan aksi berbahaya penunggang terbabit.

Menurutnya, kesemua 10 penunggang membabitkan empat kumpulan itu ditahan secara berasingan selepas dikesan melakukan aksi 'superman' bersaing sesama sendiri, menundukkan badan dan zig-zag.

"Dua penunggang kemudian telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban manakala lapan lagi dibawa ke IPD Nilai untuk tindakan lanjut.

"Polis turut menyita kesemua motosikal jenis Modenas Dinamik, Yamaha 125Z, Yamaha 135LC dan Kawasaki 150RR," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata, sebanyak 26 saman juga telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Katanya, siasatan mendapati kumpulan terbabit masing-masing dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah selepas makan di restoran terkenal di Seremban, Negeri Sembilan.

Tambah Mohd Nadzri, kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

"Ops Samseng Jalanan ini akan terus dilaksanakan kerana tindakan segelintir penunggang motosikal yang melakukan aksi sedemikian jelas membahayakan diri dan pengguna jalan raya yang lain," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!