Skuba dan snorkeling
Sekumpulan penyelam skuba melakukan aktiviti selaman bagi melihat serta meneroka lokasi terumbu karang yang terdapat di kawasan Monkey Bay berhampiran Pantai Tanjung Biru hari ini.
Sebanyak 46 spesies terumbu karang direkodkan di kawasan Port Dickson yang mana sebahagiannya terdapat jenis terumbu yang banyak ditemui di pulau negeri pantai timur dan Sabah.
Terumbu karang di sini banyak terdapat di kawasan Monkey Bay dan Lagun Biru, Tanjung Tuan sehingga hotel lima bintang, Lexis Hibiscus, Pasir Panjang, meliputi jarak sepanjang kira-kira 4.2 kilometer.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!