DAP tidak akan bekerjasama dengan PN: Guan Eng
SHAH ALAM - Parti DAP menyatakan pendiriannya untuk tidak bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) kerana pengkhianatan yang dilakukan terhadap Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dua tahun lalu.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan, DAP tidak boleh membiarkan perkara sama berulang.
"Malangnya mandat rakyat yang diberikan kepada PH telah dirompak pada awal 2020 oleh ahli-ahli parlimen yang melakukan pengkhianatan atas tawaran jawatan dan juga dan kewangan.
"Berdasarkan pengkhianatan ini, DAP tidak akan bekerjasama dengan PN yang mengkhianati kita
"Kalau kita ditipu sekali, itu salah mereka. Tapi kalau kali kedua kita benarkan mereka tipu kami itu salah kita,"katanya ketika berucap pada Kongres Kebangsaan DAP ke-17 di sini pada Ahad.
Pada hujung Februari 2020, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) secara rasmi keluar daripada gabungan PH dan membentuk kerajaan baharu di Putrajaya bersama parti lain atas nama PN.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!