Yadim bantah, kesal penularan klip babak panas

Sinar Harian melaporkan klip adegan panas dalam drama itu turut mendapat teguran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad pada Sabtu. (Zul Ariffin)
Sinar Harian melaporkan klip adegan panas dalam drama itu turut mendapat teguran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad pada Sabtu. (Zul Ariffin)
A
A
A

PUTRAJAYA - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) hari ini menyatakan bantahan dan kesal dengan penularan klip babak panas dipercayai sebagai mempromosi sebuah drama yang akan ditayang pada Ramadan nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dalam kenyataan berkata, Yadim percaya penularan klip itu dibuat atas kepercayaan si penularnya bahawa ‘bad publicity is still publicity’ (publisiti tidak elok tetap publisiti).

Dalam meraikan kebebasan berkarya, beliau berkata, soal tanggungjawab terhadap mesej yang ingin disampaikan melalui setiap karya seni perlu menjadi perhitungan utama kerana karya seni dan hiburan akan menjadi cerminan kepada masyarakat terutama sekali golongan muda.

"Pelakon, pengarah, penerbit dan semua terlibat dalam pembikinan sesuatu karya seni pasti mengetahui bahawa sebagai hamba ALLAH SWT, kita akan dipersoal dan diberi balasan atas setiap yang kita tinggalkan ketika hayat kehidupan ini,” katanya.

Tular klip babak panas dimuat naik seorang pelakon (Zul Ariffin) di laman sosial bagi mempromosikan drama yang akan ditayang pada Ramadan nanti.

Tuan Kamarul Arief berkata, Yadim juga mahu pihak berkuasa dalam bidang penyiaran dan media memainkan peranan secara proaktif dalam membendung sebarang bentuk penyiaran media yang boleh menjejaskan akhlak penonton serta memberi imej buruk kepada negara. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!