Pemuda lemas ketika mandi air terjun

Pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat mangsa kira-kira 50 meter dari lokasinya lemas dalam kejadian di Air Terjun Lata Macau, Kuala Kubu Bharu pada Ahad.
Pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat mangsa kira-kira 50 meter dari lokasinya lemas dalam kejadian di Air Terjun Lata Macau, Kuala Kubu Bharu pada Ahad.
A
A
A

KUALA KUBU BHARU - Seorang lelaki yang dilaporkan lemas ketika mandi di Air Terjun Lata Macau di sini ditemukan maut pada Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 10.59 pagi dan tiba di pusat kawalan bencana (PKB) pada jam 11 pagi.

Menurutnya, perjalanan dari PKB yang didirikan di Kampung Orang Asli Pertak di sini ke air terjun tersebut dianggarkan mengambil masa sekitar dua jam.

"Kejadian melibatkan seorang lelaki tempatan berumur 20-an lemas ketika mandi bersama tiga lagi rakan.

"Pasukan penyelamat tiba di air terjun tersebut pada jam 3 petang dan mayat mangsa ditemui pada jam 5.09 petang," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, mangsa, Low Yu Jing, ditemui di dasar air sejauh kira-kira 50 meter dari lokasi mangsa lemas.

Katanya, anggota penyelamat dalam proses membawa keluar mayat mangsa dari lokasi kejadian ke PKB untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!