Zoo Mini Taman Teruntum
Orang ramai meluangkan masa cuti hujung minggu membawa anak-anak mengunjungi Dinosaur Encounter di Zoo Mini Taman Teruntum, Kuantan, hari ini.
Selain haiwan hidup yang sedia ada, zoo itu mendapat tarikan baharu dengan pameran haiwan pra sejarah secara animatronik.
Lokasi menarik di seluruh negara dijangka akan menerima peningkatan pengunjung dan pelancong apabila negara memasuki Fasa Peralihan Endemik bermula 1 April ini.
Sehubungan itu Keluarga Malaysia dinasihatkan agar terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan terutama pemakaian pelitup muka ketika berada di tempat tumpuan umum bagi mengekang penularan Covid-19. - Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!