48 jam, empat nyawa!
BAITULMAQDIS - PALESTIN. Palestin mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan empat rakyatnya dalam tempoh 48 jam di wilayah diduduki di Nablus dan Ramallah.
Jurucakap kerajaan, Yousef Al-Mahmoud berkata tindakan tentera Israel menembak mati tiga lelaki Palestin di Nablus pada Selasa dan seorang lagi mangsa di Ramallah semalam, membuktikan kekejaman serta penindasan berterusan Israel ke atas penduduk Palestin.
Katanya lagi, tindakan itu menunjukkan rejim Zionis secara terang-terangan melakukan jenayah perang.
"Israel dengan sengaja memburukkan lagi keadaan dan menambahkan lagi ketegangan di wilayah yang diduduki.
"Justeru, kami mendesak perlindungan antarabangsa untuk rakyat Palestin," katanya.
Dalam kejadian kelmarin, Ahmed Jamal Mahmoud Manasrah, 26, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Beit Jala.
Tentera Israel memberi alasan mereka terpaksa melepaskan tembakan ke arah pemuda tersebut selepas kenderaan mereka dibaling batu
Penduduk Palestin menyifatkan alasan berkenaan sebagai tidak munasabah.
Kematiannya berlaku dalam tempoh 48 jam, selepas tiga lagi pemuda Palestin ditembak mati di Ramallah. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!