UMNO Kuala Selangor sokong tangguh pemilihan

Kestabilan politik perlu diberi keutamaan terlebih dahulu untuk menghadapi PRU-15 pada masa ini.

Jahaya (kiri) menyampaikan cek bantuan kepada seorang penerima pada Majlis Penyampaian Bantuan Banjir Usahawan Keluarga Malaysia di Dewan UMNO Bahagian Kuala Selangor pada Isnin.
Jahaya (kiri) menyampaikan cek bantuan kepada seorang penerima pada Majlis Penyampaian Bantuan Banjir Usahawan Keluarga Malaysia di Dewan UMNO Bahagian Kuala Selangor pada Isnin.
A
A
A

KUALA SELANGOR - UMNO Bahagian Kuala Selangor sebulat suara menyokong penangguhan pemilihan parti diadakan selama enam bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi mengelakkan perpecahan dalaman parti.

Ketuanya, Datuk Jahaya Ibrahim berpendapat, pemilihan itu juga dibimbangkan mengganggu kesiapsiagaan parti selaku dan berdepan masalah perebutan kuasa semasa pemilihan parti.

"Kalau kita benarkan pemilihan parti dulu, maka (kita bimbang) UMNO boleh rosak (berpecah-belah) dan menjejaskan usaha untuk menang dalam PRU15. Kita tahu pemilihan UMNO lebih sengit daripada pilihan raya sebab ramai yang mahu jawatan dalam parti," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Bantuan Banjir Usahawan Keluarga Malaysia di Dewan UMNO Bahagian Kuala Selangor di sini pada Isnin.

Jahaya berkata, kestabilan politik perlu diberi keutamaan terlebih dahulu untuk menghadapi PRU-15 malah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga sudah bersetuju supaya PRU15 diadakan dahulu sebelum pemilihan parti.

Sinar Harian pada Sabtu lalu melaporkan, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 bersetuju pemilihan parti ditangguhkan selama enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU).

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diminta mengambil perhatian selepas UMNO mengemukakannya kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) kerana tidak mahu ada pihak yang menghalang keputusan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!