Lima teras bawa negara ke landasan benar

Mohd Arshad Raji
Mohd Arshad Raji
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) meletakkan program Lima Teras Utama sebagai usaha membantu menambah baik dasar sedia ada, seterusnya meletakkan semula negara ke atas landasan benar.

Presidennya, Datuk Mohd Arshad Raji berkata, program tersebut merangkumi teras termasuk kerajaan semasa, petugas awam, agensi kerajaan, masyarakat serta ahli Patriot.

Menurut beliau, teras berkenaan memainkan peranan sebagai suara penting dalam memperjuangkan isu-isu melibatkan negara serta rakyat melalui media massa dan forum.

“Patriot sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yakin program Lima Teras Utama ini akan lebih berjaya sekiranya rakyat marhaen, NGO, kementerian, jabatan dan agensi kerajaan turut memainkan peranan sebagai penyampai maklumat, maklum balas serta cadangan kepada isu-isu yang disenaraikan pada setiap teras kami.

“Disebabkan program ini melibatkan penyertaan rakyat dari pelbagai bidang kerjaya, ia boleh menjadi pemangkin serta pencambahan buah fikiran untuk menambah baik dasar sedia ada atau pun membentuk dasar baharu,” katanya kepada kru Rasuah Busters pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau mendakwa, hala tuju kerajaan dilihat masih lagi kabur dalam usaha mengatasi kemelut ekonomi negara dan membela kebajikan rakyat.

Kata beliau, apa yang jelas berlaku di Malaysia pada ketika ini adalah gejala rasuah berleluasa telah menjadikan negara terkenal dengan pandangan negatif di seluruh dunia.

“Rakyat sedang resah dengan kemelut ekonomi, suasana politik yang tidak ketentuan, kelesuan pemimpin-pemimpin kerajaan dan tidak ketentuan hala tuju kerajaan bagi memulihkan kemelut yang dihadapi oleh negara sekarang.

Artikel Berkaitan:

“Kerajaan pula tidak mempamerkan keyakinan, kehendak serta kebolehan bagi menangani segala masalah yang dihadapi oleh rakyat dan negara dengan pantas serta berkesan.

“Di atas apa yang berlaku kepada negara masa kini, Patriot merasa bertanggungjawab untuk bersatu dan bersepakat dengan rakyat marhaen, NGO, kementerian-kementerian, jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan untuk cuba bantu memulihkan negara sebaik mungkin,” tegasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!