'Kena kerja lebih keras'

Rexy Mainaky
Rexy Mainaky
A
A
A

BARISAN pemain beregu badminton negara dituntut bekerja lebih keras sebelum menghadapi kempen Piala Thomas 2022 di Bangkok, Thailand pada Mei depan.

Pengarah Kejurulatihan (Beregu) Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky berkata, masih banyak ‘kerja rumah’ yang perlu dilakukan melihatkan prestasi mereka pada Seluruh England sepanjang minggu lalu.

“Sudah tentu barisan kejurulatihan menilai prestasi pemain beregu kita pada Seluruh England. Hasil penilaian banyak 'kerja rumah' yang harus dibuat sebelum mereka beraksi pada Piala Thomas nanti.

“Kami akan gunakan penilaian prestasi setiap pemain di Birmingham untuk lihat bagaimana kami boleh lakukan untuk mempersiapkan mereka menghadapi Piala Thomas di Bangkok.

“Apa pun kami masih mempunyai masa untuk memperbaiki setiap kelemahan yang dikenal pasti. Tempoh masa yang ada ini akan digunakan sebaik mungkin,” katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.

Pada Seluruh England kali ini, gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik terkandas di pusingan kedua manakala Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei yang hadir selaku juara Terbuka Jerman tersingkir seawal pusingan pertama.

Namun, penampilan beregu muda, Man Wei Chong-Tee Kai Wun mendapat perhatian Rexy biarpun mereka turut terkandas di pusingan pertama dalam penampilan pertama di pentas Seluruh England.

Malah, Rexy turut memberikan pujian kepada beregu muda wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah yang mencipta sensasi apabila berjaya mara sehingga ke peringkat suku akhir.

Artikel Berkaitan:

“Pearly dan Thinaah telah beraksi dengan cukup baik pada Seluruh England kali ini dan mereka perlu meneruskan prestasi cemerlang itu pada kejohanan akan datang.

“Bagaimanapun, ada beberapa aspek yang perlu diperbaiki Pearly dan Thinaah di atas gelanggang untuk menjadikan mereka sebagai pasangan beregu yang digeruni lawan,” ujarnya.

Perjuangan Pearly-Thinaah di Birmingham terhenti di peringkat suku akhir setelah tewas 21-15, 17-21, 9-21 kepada beregu Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong.waskan mereka,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!