Hentikan normalisasi babak panas sebagai promosi drama, filem

Gambar hiasan -Foto 123rf
Gambar hiasan -Foto 123rf
A
A
A

BEBERAPA hari minggu ini tular di media sosial babak panas kontroversi dipercayai sebagai mempromosi sebuah drama yang akan di tayang pada Ramadan nanti.

Klip babak panas itu telah dimuat naik seorang pelakon (Zul Ariffin) di laman sosial bagi mempromosikan drama tersebut yang dipercayai atas tujuan publisiti.

Malah, ada yang beranggapan ia dibuat atas kepercayaan si penularnya bahawa ‘bad publicity is still publicity’ (publisiti tidak elok tetap publisiti).

Pada Isnin, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menyatakan bantahan dan kesal dengan penularan klip babak panas dipercayai sebagai mempromosi sebuah drama yang akan ditayang pada Ramadan nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dalam kenyataan berkata, Yadim percaya penularan klip itu dibuat atas kepercayaan si penularnya bahawa ‘bad publicity is still publicity’ (publisiti tidak elok tetap publisiti).

Dalam meraikan kebebasan berkarya, beliau berkata, soal tanggungjawab terhadap mesej yang ingin disampaikan melalui setiap karya seni perlu menjadi perhitungan utama kerana karya seni dan hiburan akan menjadi cerminan kepada masyarakat terutama sekali golongan muda.

Dalam pada itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) berkemungkinan tidak membenarkan drama berjudul 'Perempuan Itu' ditayangkan di televisyen sekiranya pihak produksi gagal memberikan laporan bertulis yang munasabah berkaitan kontroversi adegan 'panas' melibatkan lakonan Zul Ariffin bersama Siti Hariesa.

Menteri KOMM, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya sudah meminta produksi berkenaan mengemukakan laporan bertulis berhubung perkara tersebut.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) bagi membincangkan isu berkait adegan 'panas' yang dilakonan oleh Zul Ariffin serta Siti Hariesa dalam drama Perempuan Itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, adegan itu dilihat bercanggah dengan tuntutan agama Islam dan budaya hidup masyarakat di negara ini.

Sementara itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil perhatian serius isu video sedutan drama 'Perempuan Itu' yang tular di media sosial.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, Jakim telah menyatakan pendirian dan pandangan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) supaya tindakan tegas dapat diambil segera.

Berdasarkan penelitian, jabatan ini menentang keras penyiaran program seumpama ini yang jelas mempamerkan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam.

Mengulas lanjut, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary meminta umat Islam agar menghentikan normalisasi terhadap unsur lucah di dalam drama di Malaysia.

Katanya, video drama mengandungi lakonan adegan lucah baru-baru ini dalam drama dikatakan bakal disiarkan pada bulan puasa tidak sepatutnya berlaku dalam kalangan umat Islam.

Walau bagaimanapun, selepas menerima kritikan dan kecaman daripada pelbagai pihak susulan klip video 'adegan panas', pelakon Zul Ariffin akhirnya tampil memohon maaf melalui Instagram story beliau pada Isnin.

Pelakon tersebut memberitahu akan lebih berhati-hati dalam memuat naik sebarang kandungan di media sosial selepas ini bagi mengelak kejadian sama berulang.

Beliau juga turut mengambil maklum terhadap respons daripada semua pihak berhubung klip kontroversi yang dipaparkan sebelum ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!