Zambia haramkan minuman tenaga dicemari Viagra

Minuman tenaga SX Energy Natural Power ke­luaran syarikat Revin Zambia turut mendapat permintaan tinggi di Uganda.
Minuman tenaga SX Energy Natural Power ke­luaran syarikat Revin Zambia turut mendapat permintaan tinggi di Uganda.
A
A
A

LUSAKA - ZAMBIA. Pihak berkuasa Zambia telah mengharamkan penjualan sejenis minuman tenaga selepas ujian makmal mendapati ia mengandungi bahan aktif Viagra.

Minuman tenaga SX Energy Natural Power keluaran syarikat Revin Zambia dieksport ke seluruh rantau ini termasuk ke Uganda di mana pembeli turut mengadu berdepan masalah kuat berpeluh.

Dalam satu kenyataan semalam, pihak berkuasa di bandar Ndola lokasi minuman itu dikilangkan telah mengeluarkan arahan supaya produk tersebut ditarik serta-merta dari pasaran.

Persatuan Farmaseutikal Zambia (PSZ) memaklumkan ujian yang dikongsi Pihak Berkuasa Dadah Kebangsaan Uganda menunjukkan kehadiran sildenafil citrate iaitu ubat untuk merawat mati pucuk dan dijual bawah jenama Viagra.

PSZ menyatakan label minuman itu mendakwa ia mengandungi ekstrak semula jadi halia dan tongkat ali, sejenis afrodisiak terkenal dan penggalak hormon testosteron sebagai bahan utama.

Siasatan ke atas minuman itu dibuat selepas seorang pelanggan di Uganda mengadu mengalami ereksi berpanjangan dengan beberapa ujian menunjukkan produk itu mengandungi bahan aktif Viagra. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!